Monday 6 August 2012


PENGENALAN

Saya Siti Hajar Binti Ralib.Mengajar Di Sra Masjid Abu Bakar As-Siddiq Bangsar.Saya Mengajar Di Sini Selama 7 Tahun.Sekarang Saya Mengajar Di Kelas 5 Ibnu Khaldun (Kelas Sederhana).Pening Juga Kepala Mengenangkan Murid-Murid Yg Lemah Dari Segi Pembacaan Al-Quran,Membaca Jawi Malahan Lebih Parah Tidak Dapat Menguasai Semua Subjek Dalam Ejaan Jawi.
hhtp://nuuraisyie@gmail.com



KUMPULAN SASARAN

Pelajar-Pelajar Sra Tahun 2 Di Bawah Jabatan Agama Islam Kuala Lumpur (JAWI)

TAJUK KELIMA : APA ERTI MALAIKAT


TAJUK KEEMPAT : DALIL BERIMAN DENGAN MALAIKAT


TAJUK KETIGA : CIRI-CIRI MALAIKAT



TAJUK KEDUA : TUGAS MALAIKAT ( siri 2 )


CIRI-CIRI RUMAH YANG SERING DIKUNJUNGI MALAIKAT

Alangkah senangnya bila malaikat sering mengunjungi rumah kita. Pastilah para malaikat berkunjung sambil membawa berkah tentram, aman, dan nyaman di dalam rumah-rumah yang malaikat kunjungi. Tapi, rumah seperti apakah yang dikunjungin oleh para malaikat itu? Tidak semua rumah tentu. Ada kriteria tertentu untuk sebuah rumah yang seringnya malaikat kunjungi, yaitu :

1. Rumah yang dipenuhi dzikir oleh penghuninya, didalamnya terdapat pula sujud dan rukuk

2. Rumah yang selalu bersih

3. Rumah yang dihuni oleh hamba-hamba yang jujur dan menepati janji

4. Rumah yang dihuni orang-orang yang menyambung tali persaudaraan, silaturahmi

5. Rumah yang dihuni oleh orang yang makan makanan halal

6. Rumah yang penghuninya berlaku baik kepada orangtuanya

7. Rumah yang di dalamnya terdengar tilawah Al-quran

8. Rumah yang penghuninya adalah penuntut ilmu yang tidak pernah menyerah

9. Rumah yang di dalamnya ada seorang isteri soleh

10. Rumah yang di dalamnya tidak ada barang-barang haram

11. Rumah yang dihuni hamba-hamba yang tawakal, sabar, rendah hati, dermawan, qanaah, pemaaf, bersih hati dan tidak berlebihan dalam makan

Semoga rumah kita memiliki ciri-ciri di atas. Jika belum, mulai sekarang untuk melengkapi rumah kita dengan ciri-ciri di atas. Agar senantiasa para malaikat senang berkunjung ke rumah kita. Amin.

INFO...

Beriman kepada Malaikat

Beriman kepada malaikat bermaksud percaya dan yakin tentang wujudnya makhluk yang digelar malaikat. Jumlah malaikat hanya Allah swt sahaja yang mengetahui. Di antara ciri-ciri malaikat yang disebut di dalam al-Quran dan al-Hadis antaranya ialah:

Malaikat merupakan makhluk yang taat kepada Allah swt.Diciptakan dari nur.Tidak mempunyai hawa nafsu.Tidak makan dan minum.Memiliki akal yang terbatas untuk melaksanakan perintah Allah swt.Tiada jantina tertentu (tidak lelaki, tidak perempuan, bukan khunsa).Malakikat mempunyai sayap.Memiliki kekuatan dan kepantasan yang luar biasa.Malaikat merupakan makluk yang tidak dapat dikesani dengan penyelidikan dan pemikiran tentang kewujudannya. Kita tidak boleh menafikan adanya malaikat semata-mata kerana ia tidak dapat dilihat atau dikaji oleh akal manusia. Beriman kepada malaikat adalah termasuk di dalam beriman kepada perkara-perkara ghaib kerana ia tidak dapat disaksikan oleh pancaindera. Hakikatnya amat sukar difahami oleh akal fikiran manusia. Perkhabaran tentang malaikat dan perkara-perkara ghaibini diketahui melalui al-Quran dan al-Hadis. Yakin dan beriman kepada perkara-perkara ghaib seperti syurga, neraka, roh merupakan salah satu daripada ciri-ciri orang bertaqwa kepada Allah swt. 

TAJUK KEDUA : TUGAS MALAIKAT ( siri 1 )


TAJUK PERTAMA : NAMA-NAMA MALAIKAT


Sunday 5 August 2012

SETIAP YANG BERNYAWA PASTI AKAN MERASAI.....MATI


Dunia ini hanya persinggahan. Juga jambatan menuju ke negeri akhirat. Cukupkah sudah bekalan yang akan kita bawa untuk menolong kita di sana nanti. " Hisablah diri anda sebelum anda dihisabkan "

Friday 13 July 2012

PERTAMA KALINYA
Keseronokan yang tidak terhingga kerana akhirnya telah berjaya membuat blog ini dengan bantuan rakan seperjuangan. Syukur padaMu Ya Allah kerana mempermudahkan urusan ini.