Monday 6 August 2012

INFO...

Beriman kepada Malaikat

Beriman kepada malaikat bermaksud percaya dan yakin tentang wujudnya makhluk yang digelar malaikat. Jumlah malaikat hanya Allah swt sahaja yang mengetahui. Di antara ciri-ciri malaikat yang disebut di dalam al-Quran dan al-Hadis antaranya ialah:

Malaikat merupakan makhluk yang taat kepada Allah swt.Diciptakan dari nur.Tidak mempunyai hawa nafsu.Tidak makan dan minum.Memiliki akal yang terbatas untuk melaksanakan perintah Allah swt.Tiada jantina tertentu (tidak lelaki, tidak perempuan, bukan khunsa).Malakikat mempunyai sayap.Memiliki kekuatan dan kepantasan yang luar biasa.Malaikat merupakan makluk yang tidak dapat dikesani dengan penyelidikan dan pemikiran tentang kewujudannya. Kita tidak boleh menafikan adanya malaikat semata-mata kerana ia tidak dapat dilihat atau dikaji oleh akal manusia. Beriman kepada malaikat adalah termasuk di dalam beriman kepada perkara-perkara ghaib kerana ia tidak dapat disaksikan oleh pancaindera. Hakikatnya amat sukar difahami oleh akal fikiran manusia. Perkhabaran tentang malaikat dan perkara-perkara ghaibini diketahui melalui al-Quran dan al-Hadis. Yakin dan beriman kepada perkara-perkara ghaib seperti syurga, neraka, roh merupakan salah satu daripada ciri-ciri orang bertaqwa kepada Allah swt. 

No comments:

Post a Comment